Sunday 9 June 2013

Kuiz

1.      Apakah tujuan pendidikan di Sparta?

  • Melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani 
  • Melahirkan tentera yang sempurna,gagah dan setia kepada negara kotanya.
  • Melahirkan ahli-ahli falsafah yang cemerlang.

2.      Siapakah masyarakat kelas kedua di Sparta?
  • Golongan pemerintah 
  • Golongan helot 
  • Artisan

3.      Apakah sumbangan Archimedes?

  • Teori berhubung dengan isi padu air dan graviti.
  • Teorem Pythogoras.
  • Cabang kepada pengetahuan Vedik.

4.      Mengapakah pertandingan Olimpik dianggap penting dalam sejarah Yunani?

  • Untuk memperingati Dewa Zeus.
  • Untuk mengukuhkan hubungan.
  • Untuk menentukan kekuatan negara kota.

5.      Apakah fungsi pembinaan Acropolis oleh Pericles?

  • Untuk kegiatan perdagangan.
  • Untuk tujuan keagamaan. 
  • Untuk kecantikan.

6.      Siapakah telah mengasaskan pembentukan empayar baru, iaitu empayar Byzantine.
  • Julius Caesar.
  • Plato.
  • Maharaja Justinian.

7.      Mengapakah Socrates dihukum bunuh dengan cara meminum racun?

  • Dituduh merosakkan pemikiran masyarakat.
  • Mencuri.
  • Merompak.

8.      Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?

Bottom of Form


Sumbangan Tamadun


  1. Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi.
  2. Dalam sistem tersebut,rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik.
  3. Rakyat terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan,oleh itu ,kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat.
  4. Sistem demokrasi ini diamalkan di kebanyakan negara di dunia pada hari ini.
  5. Walaupun sistemnya sama,iairtu demokrasi tetapi wujud perbezaan.
  6. Tamadun awal juga menyumbang kepada kelahiran Sukan Olimpik.
  7. Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani.
  8. Pertandingan itu diadakan di Olympia.
  9. Pertandingan antara negara kota yang dibuat empat tahun sekali itu bertujuan menghormati Tuhan Zeus.
  10. Negara kota yang bersaing ialah Athen,Sparta,Corinth,Thebes,Olympia dan Argos.
  11. Perbezaan antara Sukan olimpik asal dengan Sukan Olimpik moden adalah dari segi tujuan organisasi dan bilangan peserta sementara bilangan acara yang dipertandingkan pula bertambah berlipat ganda.

Sistem Sosial


  1. Organisasi sosial masyarakat dalam tamadun Yunani di Athens membahagikan penduduknya kepada tiga kumpulan.
  2. Yang pertama ialah warganegara,yang kedua ialah penduduk bukan warganegara ,dan yang ketiga ialah golongan hamba.
  3. Kumpulan pertama mempunyai hak dalam politik negara kota sementara golongan kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut.
  4. Di Sparta terdapat tiga kelas sosial.
  5. Kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen.
  6. Kelas kedua ialah para pekerja,artisan dan pedagang.
  7. Kelas ketiga ialah Helot yang mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti . 

Bahasa dan Kesusasteraan


  1. Bahasa Yunani telah digunakan terutama di wilayah dalam Yunani dan juga kawasan takluk Alexander the Great.
  2. Antara tokoh sastera Yunani yang terkenal termasuklah Homer dan Hesiod.
  3. Hesiod ialah penyair dan telah menulis dua buah buku puisi,iaitu Theology dan Works and Days.
  4. Homer menghasilkan dua buah epik, iaitu Iliad dan Odyssey.
  5. Kesusasteraan yang lahir dalam tamadun Yunani,Rom,India dan China bukan sahaja untuk kepentingan pemerintah tetapi juga rakyat dan kebanyakan karya adalah untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
  6. Tulisan yang kita warisi pada hari ini juga berasal daripada tulisan orang Phoenecia
  7. Tulisan ini tersebar kepada orang Yunani pada tahun 800S.M.
  8. Dalam tamadun Yunani,tulisan itu ditambah huruf vokal. 

Seni Bina


  1. Di Yunani,pembinaan acropolis oleh Pericles adalah untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat kegiatannya.
  2. Daripada binaan tersebut dapat dilihat peningkatan dari segi seni binaannya,iaitu daripada binaan piramid dan zigurat pada zaman Mesopotamia dan Mesir Purba kepada binaan seperti aqueduct,colloseum dan Tembok Besar China yang terdapat pada zaman Yunani,Rom,India dan China.
  3. Acropolis ialah pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens.
  4. Dalam acropolis terdapat binaan yang menarik seperti rumah berhala ,teater serta bangunan yang paling menarik,iaitu parthenon.  

Sains dan Teknologi


  1. Tokoh matematik Yunani,iaitu Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
  2. Dalam tamadun Yunani juga terdapat beberapa orang lagi ahli sains yang terkenal seperti Hippocrates yang terkenal sebagai Bapa Perubatan dan Archimedes sebagai ahli metamatik dan fizik.
  3. Aspek utama yang disumbangkan oleh Archimedes ialah teorinya berhubung dengan isi padu air dan graviti.
  4. Ptolemy pula merupakan tokoh utama dalam bidang astronomi Yunani.

Falsafah


  1. Kemunculan ramai ahli falsafah dalam sesebuah tamadun menandakan tamadun tersebut memiliki tradisi ilmu yang tinggi.
  2. Tamadun Yunani terus meningkat dengan kelahiran ahli-ahli falsafah seperti Herodotus ,Socrates, Aristotle dan Plato.
  3. Dalam falsafah mereka,persoalan tentang nilai individualisme,kehidupan manusia dan demokrasi merupakan isu utama.
  4. Herodotus,ahli falsafah dan ahli sejarah terulung yang menghasilkan karya,History of Persian Wars merupakan Bapa Sejarah.
  5. Thucydides pula dianggap sebagai Pengasas Sejarah Saintifik.
  6. Karyanya yang terkenal ialah History of the Peloponnesian War.
  7. Beliau telah menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan.
  8. Socrates ialah Bapa Falsafah Barat.
  9. Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab.
  10. Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan cara meminum racun.
  11. Antara pengikutnya termasuklah Plato.
  12. Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates.
  13. Falsafah plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
  14. Aristotle ialah murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh.
  15. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia.
  16. Antara karya utama beliau termasuklah Politics.
  17. Ahli-Ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.  

Saturday 8 June 2013

Pendidikan

1. Di Athens –     Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani. Aktiviti pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis dititikberatkan di Athens.

2. Di Sparta –Pendidikan bertujuan melahirkan tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kotanya. Latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata lebih dipentingkan berbanding dengan pendidikan mental.

3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes, Elea dan Miletus yang              melahirkan sejarawan seperti, Thucydides dan Herodotus, pemikir sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.

4. Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan  Pericles.

Peningkatan ekonomi

1. Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana keadaan muka bumi bergunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya, perdagangan hanya dijalankan di kawasan pesisir pantai seperti Mesir, Syria dan Phoenecia.
2. Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan kerana kekurangan tanah pertanian. Negara kota tersebut terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar.
3. Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam.Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang keperluan dari timur.
4. Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini  telah menaikkan harga barang.Kesannya, ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada Zaman Graeco-Rom.

Perluasan Kuasa

1. Philip II dari Macedonia- menyatukan kerajaan Macedonia dan Yunani.
2. Alexander The Great- meluaskan kawasan takluk Yunani dengan menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.
3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran antara kebudayaan Yunani, Parsi dan kebudayaan timur yang lain) ke Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.
4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander The Great  dan dengan kemunculan Rom.

Sunday 2 June 2013

Perundangan

1. Dalam tamadun Yunani,Dewan Perhimpuan berfungsi menggubal undang-undang.

2. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republic.

3. Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap , terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.

Pemerintahan dan Pentadbiran
1. Di Athens,
(a) Bentuk pemerintahan berubah-ubah seperti monarki,oligarki,aristokrasi,ditaktor ( tirani) dan akhirnya demokrasi.

(b) Pada mulanya, Athens mengamalkan sistem beraja (monarki) yang dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan bangsawan. Raja menjadi ketua hakim,tentera dan agama.

(c) Seterusnya,mengamalkan sistem oligarki yang kuasa pemerintahan terletak pada beberapa orang konsul,maka kuasa raja terhad.

(d) Sistem pemerintahan bertukar ke sistem aristokrasi yang terdiri daripada golongan bangsawan yang kaya.

(e) Kemudian berlaku rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati maka muncul sistem ditaktor (tirani) di kalangan golongan kaya atau tentera yang bertindak zalim.

(f) Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristokrat , maka muncul sistem demokrasi.

  • Sistem demokrasi terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.
  • Semua warganegara lelaki menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Dewan ini berhimpu 3 kali setahun,ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan,tetapi keputusan dikendalikan oleh Majlis.Akhirnya, juri dilantik.
2. Sparta mengamalkan sistem pemerintahan tentera.

  • Mengutamakan sistem pertahanan.
  • Anak lelaki dilatih dari awal menjadi askar yang handal dan patriotic.
Latar Belakang Tamadun Yunani

- Lokasi - terletak di Semenanjung Greece dan dikelilingi Laut Mediterranean dan Laut Aegen.

- Bermula dengan negara kota (polis)

  • Acropolis - Kawasan tertinggi yang menemoatkan bangunan kerajaan dan keagamaan.
  • Agrora  - Tempat mesyuarat dan pusat ekonomi sesebuah polis.
  • Kawasan pertanian - Terletak di uar kta yang menyediakan keperluan penduduk di dalam kota.
- Negara Kota

  • terbentuk hasil gabungan beberapa bandar dan kampung.
  • dikelilingi kawasan pertanian.
  • di kawasan kota terdapat pasar, kubu kuil dan istana.
  • mempunyai corak pemerintahn dan undang-undang  tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan.


- Contoh negara kota terkenal ialah

  • Athens
  • Corinth
  • Sparta

Friday 31 May 2013

Ciri-ciri Tamadun

1. Pembentukan Petempatan kekal

- Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi Bandar yang berperanan sebagai pusat tamadun awal

- Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning)

2. Proses Pembandaran berlaku

- Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung berkembang menjadi Bandar. Antara Bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Sungai Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes dan Memphis di Mesir

- Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidkan dan pusat perindustrian

- Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia

3. Pembentukan Organisasi sosial/susun lapis masyarakat

- Cara kehidupan bandar mewujudkan sistem sosial bersusun lapis terutamanya golongan memerintah dengan golongan yang diperintah. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiri daripada golongan pemerintah yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya

- Struktur masyarakat terbukti di Lagash, Ur dan Sumer di tamadun Sumeria dan Memphis di tamadun Mesir.

4. Pembentukan Sistem pemerintahan dan pentadbiran

- Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan di dalam negara. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun

- Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan

5. Agama dan kepercayaan

- Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme, kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang. Secara evolusi kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih darpada satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China

6. Pengkhususan kerja

- Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing.

- Golongan wanita terlibat dalam bidang pertanian manakala golongan lelaki berkhidmat sebagai tentera dan tukang-tukang mahir.

- Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh

7. Bahasa dan tulisan

- Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit

- Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun awal membentuk gambar, simbol dan pepaku

- Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satu masyarakat dengan masyarakat lain untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea dan pemikiran manusia

8. Kemajuan Ekonomi

9. Kemajuan sains dan teknologi

10. Kemajuan undang-undang
 
Kesimpulan
 
- Secara keseluruhannya, kemajuan sesebuah tamadun itu menunjukkan bentuk kehidupan yang formal, berorganisasi dan lebih kompleks berbanding zaman sebelumnya

Konsep Tamadun

- Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madain dan Madana. Perkataan Madana membawa maksud “tinggi budi bahasa atau pembukaan Bandar”.
- Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilization berasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud “bandar”
- Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran, penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan dan adapt resam.
- Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada lahiriah tamadun, iaitu kemunculan Bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan
- Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dan kesenian.
- Arnold J.Tonybee mentakrifkan tamadun sebagai suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.
- Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun merangkumi pembangunan dari segi lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
- Dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriah tetapi juga diiringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanian



 





Maksud Tamadun

'TAMADUN' dapat didefinisikan kepada dua sudut iaitu sudut etimologi (bahasa) dan terminologi (istilah).

Sudut Etimologi (bahasa) :
Tamadun dapat dilihat daripada beberapa bahasa iaitu bahasa arab, inggeris dan bahasa malaysia.

Bahasa Arab :-

1) Tamaddun
- Berasal daripada perkataan madana ataupun tamaddana beerti pembukaan bandar ataupun perbuatan memperhalus budi pekerti yang terpuji. kadangkala juga ia dikaitkan dengan din yang bermaksud agama. Ia mula diperkenalkan oleh Jurji Zaydan.

2) Hadharah
- Berasal daripada perkataan hadhara dan berlawanan erti dengan badawa (kehidupan secara nomad) iaitu perbuatan duduk di bandar. Ia juga diertikan sebagai perilaku kehidupan yang tinggi. Ia seringkali digunakan oleh Malek Bin Nabi.

3) Thaqafah
- Berasal daripada perkataan thaqifa yang beerti kemajuan intelektual ataupun peradaban yang tinggi pada sudut kebudayaan dan perilaku.

4) Umran
- Berasal daripada perkataan amara yang bermakna rumah atau bangunan yang mewakili simbolik kemajuan dan peradaban. ia mula digunakan oleh Ibnu Khaldun.

5) Madani
- Perkataan madani ataupun madaniyyah juga berasal daripada perkataan madana yang beerti bandar atau kehidupan menetap di bandar. Ia mula digunakan secara meluas setelah diperkenalkan oleh Muhammad Farid Wajdi dan Muhammad Abduh.


Bahasa Inggeris :-

1) Civilization
- Berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa latin atau civic yang beerti kehidupan di bandar.

2) Urbanization
- Berasal daripada perkataan urban yang bermaksud kehidupan ala bandar ataupun kehidupan selepas proses urbanisasi.

3) Culture
- Beerti kebudayaan yang seringkali digunakan dan merujuk kepada kemajuan intelektual.


Bahasa Malaysia :-

1) Tamadun
- Berasal daripada perkataan arab iaitu tamaddun beerti keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaanserta perkembangan pemikiran yang tinggi.


2) Peradaban
- Berasal daripada kata nama adab iaitu keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.


3) Kemajuan
- Berasal daripada kata nama maju iaitu perihal maju taraf hidup, sama ada kemajuan material ataupun rohaniah.

4) Kemakmuran
- Berasal daripada kata nama makmur iaitu perihal makmur, mewah dan sejahtera.


Sudut Terminologi (istilah) :

Tamadun sering digambarkan sebagai kemajuan kebendaan atau maksud pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Namun ia sebenarnya melangkaui maksud pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi di samping kemajuan penempatan ala bandar serta kemudahan hidup yang sempurna.

Secara konteksualnya :

1) Sebahagian istilah tersebut menggambarkan kemajuan material semata-mata seperti umran, urbanization malahan juga perkataan kemajuan itu sendiri.

2) Terdapat juga sebahagiannya yang lebih menjurus kepada kemajuan spiritual dan intelektual seperti penggunaan istilah culture, peradaban ataupun thaqafah.

Kesimpulannya :

- Terminologi barat lebih menjurus kepada pencapaian kemajuan material yang tinggi.

- Islam melihatnya sebagai pencapaian kehidupan yang tinggi dan membangun menerusi proses urbanisasi dengan nilai, adab dan tatasusila hidup yang tinggi.

- Kamus dewan menganggapnya sebagai suatu keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasari pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik dan moral yang tinggi peradabannya.