Sunday 9 June 2013

Kuiz

1.      Apakah tujuan pendidikan di Sparta?

  • Melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani 
  • Melahirkan tentera yang sempurna,gagah dan setia kepada negara kotanya.
  • Melahirkan ahli-ahli falsafah yang cemerlang.

2.      Siapakah masyarakat kelas kedua di Sparta?
  • Golongan pemerintah 
  • Golongan helot 
  • Artisan

3.      Apakah sumbangan Archimedes?

  • Teori berhubung dengan isi padu air dan graviti.
  • Teorem Pythogoras.
  • Cabang kepada pengetahuan Vedik.

4.      Mengapakah pertandingan Olimpik dianggap penting dalam sejarah Yunani?

  • Untuk memperingati Dewa Zeus.
  • Untuk mengukuhkan hubungan.
  • Untuk menentukan kekuatan negara kota.

5.      Apakah fungsi pembinaan Acropolis oleh Pericles?

  • Untuk kegiatan perdagangan.
  • Untuk tujuan keagamaan. 
  • Untuk kecantikan.

6.      Siapakah telah mengasaskan pembentukan empayar baru, iaitu empayar Byzantine.
  • Julius Caesar.
  • Plato.
  • Maharaja Justinian.

7.      Mengapakah Socrates dihukum bunuh dengan cara meminum racun?

  • Dituduh merosakkan pemikiran masyarakat.
  • Mencuri.
  • Merompak.

8.      Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?

Bottom of Form


Sumbangan Tamadun


  1. Tamadun Yunani telah mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi.
  2. Dalam sistem tersebut,rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik.
  3. Rakyat terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan,oleh itu ,kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat.
  4. Sistem demokrasi ini diamalkan di kebanyakan negara di dunia pada hari ini.
  5. Walaupun sistemnya sama,iairtu demokrasi tetapi wujud perbezaan.
  6. Tamadun awal juga menyumbang kepada kelahiran Sukan Olimpik.
  7. Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani.
  8. Pertandingan itu diadakan di Olympia.
  9. Pertandingan antara negara kota yang dibuat empat tahun sekali itu bertujuan menghormati Tuhan Zeus.
  10. Negara kota yang bersaing ialah Athen,Sparta,Corinth,Thebes,Olympia dan Argos.
  11. Perbezaan antara Sukan olimpik asal dengan Sukan Olimpik moden adalah dari segi tujuan organisasi dan bilangan peserta sementara bilangan acara yang dipertandingkan pula bertambah berlipat ganda.

Sistem Sosial


  1. Organisasi sosial masyarakat dalam tamadun Yunani di Athens membahagikan penduduknya kepada tiga kumpulan.
  2. Yang pertama ialah warganegara,yang kedua ialah penduduk bukan warganegara ,dan yang ketiga ialah golongan hamba.
  3. Kumpulan pertama mempunyai hak dalam politik negara kota sementara golongan kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut.
  4. Di Sparta terdapat tiga kelas sosial.
  5. Kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen.
  6. Kelas kedua ialah para pekerja,artisan dan pedagang.
  7. Kelas ketiga ialah Helot yang mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti . 

Bahasa dan Kesusasteraan


  1. Bahasa Yunani telah digunakan terutama di wilayah dalam Yunani dan juga kawasan takluk Alexander the Great.
  2. Antara tokoh sastera Yunani yang terkenal termasuklah Homer dan Hesiod.
  3. Hesiod ialah penyair dan telah menulis dua buah buku puisi,iaitu Theology dan Works and Days.
  4. Homer menghasilkan dua buah epik, iaitu Iliad dan Odyssey.
  5. Kesusasteraan yang lahir dalam tamadun Yunani,Rom,India dan China bukan sahaja untuk kepentingan pemerintah tetapi juga rakyat dan kebanyakan karya adalah untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
  6. Tulisan yang kita warisi pada hari ini juga berasal daripada tulisan orang Phoenecia
  7. Tulisan ini tersebar kepada orang Yunani pada tahun 800S.M.
  8. Dalam tamadun Yunani,tulisan itu ditambah huruf vokal. 

Seni Bina


  1. Di Yunani,pembinaan acropolis oleh Pericles adalah untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat kegiatannya.
  2. Daripada binaan tersebut dapat dilihat peningkatan dari segi seni binaannya,iaitu daripada binaan piramid dan zigurat pada zaman Mesopotamia dan Mesir Purba kepada binaan seperti aqueduct,colloseum dan Tembok Besar China yang terdapat pada zaman Yunani,Rom,India dan China.
  3. Acropolis ialah pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens.
  4. Dalam acropolis terdapat binaan yang menarik seperti rumah berhala ,teater serta bangunan yang paling menarik,iaitu parthenon.  

Sains dan Teknologi


  1. Tokoh matematik Yunani,iaitu Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
  2. Dalam tamadun Yunani juga terdapat beberapa orang lagi ahli sains yang terkenal seperti Hippocrates yang terkenal sebagai Bapa Perubatan dan Archimedes sebagai ahli metamatik dan fizik.
  3. Aspek utama yang disumbangkan oleh Archimedes ialah teorinya berhubung dengan isi padu air dan graviti.
  4. Ptolemy pula merupakan tokoh utama dalam bidang astronomi Yunani.

Falsafah


  1. Kemunculan ramai ahli falsafah dalam sesebuah tamadun menandakan tamadun tersebut memiliki tradisi ilmu yang tinggi.
  2. Tamadun Yunani terus meningkat dengan kelahiran ahli-ahli falsafah seperti Herodotus ,Socrates, Aristotle dan Plato.
  3. Dalam falsafah mereka,persoalan tentang nilai individualisme,kehidupan manusia dan demokrasi merupakan isu utama.
  4. Herodotus,ahli falsafah dan ahli sejarah terulung yang menghasilkan karya,History of Persian Wars merupakan Bapa Sejarah.
  5. Thucydides pula dianggap sebagai Pengasas Sejarah Saintifik.
  6. Karyanya yang terkenal ialah History of the Peloponnesian War.
  7. Beliau telah menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan.
  8. Socrates ialah Bapa Falsafah Barat.
  9. Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab.
  10. Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan cara meminum racun.
  11. Antara pengikutnya termasuklah Plato.
  12. Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates.
  13. Falsafah plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
  14. Aristotle ialah murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh.
  15. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia.
  16. Antara karya utama beliau termasuklah Politics.
  17. Ahli-Ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.